IPOH, 5 Januari- Sebanyak RM23 juta hasil jualan disasar sepanjang dua hari penganjuran Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembara Malaysia (MATTA Fair) Perak 2024 bermula 9 Mac depan.
Pengerusi Penganjur MATTA Perak, Wendy Shin berkata sasaran ditetapkan itu sepertimana penganjuran pameran sebelum ini.
Selain itu, pihaknya juga optimis sasaran 20,000 pengunjung untuk program tersebut mampu dicapai.
Pelbagai hadiah menarik turut disediakan.
"Pengunjung yang membeli dan membayar minimum RM300 layak untuk menyertai cabutan bertuah dan memenangi hadiah menarik seperti baucar pelancongan MATTA, tiket penerbangandan baucar penginapan hotel", katanya dalam sidang media di Ipoh.
Penganjuran MATTA Fair Perak 2024 diharap dapat menggalakkan kedatangan pelancong domestik dan antarabangsa selari dengan Tahun Melawat Perak 2024.