fb fb fb fb fb

MATRADE perhebat promosi perdagangan global 2026, perkasa 13,400 syarikat tempatan

FOTO MATRADE

KUALA LUMPUR, 4 Januari - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) memperhebat usaha promosi perdagangan global pada 2026 bagi memperkukuh kehadiran Malaysia di pasaran antarabangsa.

Menurut MATRADE, usaha tersebut termasuk pelan hala tujunya yang merangkumi 203 program promosi perdagangan berimpak tinggi yang disasarkan untuk memperkasa 13,400 syarikat tempatan, khususnya Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), dalam pasaran eksport.

"Pelan hala tuju itu antara lain memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan bagi menangani cabaran perdagangan global, termasuk kesan tarif dan perubahan dinamik pasaran antarabangsa.

"MATRADE turut memperkukuh kerjasama strategik awam-swasta serta pendekatan keseluruhan kerajaan bagi menyelaras inisiatif promosi eksport dan mengoptimumkan penggunaan sumber," menurut kenyataan tersebut.

Selain itu, penekanan turut diberikan kepada agenda kelestarian, pendigitalan perdagangan rentas sempadan serta peluasan pasaran baharu di luar rakan dagang tradisi.

 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM