fb fb fb fb fb

Masjid Cyberjaya 10 dirasmikan Sultan Selangor

Sultan Selangor menyampaikan RM272,000 kepada 544 penerima sumbangan

CYBERJAYA, 31 Mac- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat merasmikan Masjid Cyberjaya 10 di sini.

Perasmian masjid itu turut diadakan sekali dengan Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor Bersama-sama Rakyat Serta Penyampaian Sumbangan Hari Raya.

Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan diiringi Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah turut berkenan berangkat bersama-sama ke majlis itu.

Masjid Cyberjaya itu berkonsepkan terbuka dan malar hijau. Dengan keluasan kira-kira lima ekar itu mampu memuatkan sehingga 4,000 jemaah dalam satu-satu masa.

Dalam majlis berkenaan baginda juga berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri berjumlah RM272,000 kepada 544 penerima sumbangan dari daerah Sepang. 

Daripada jumlah itu, seramai 264 asnaf fakir, 141 asnaf miskin dan 139 orang saudara baharu menerima sumbangan RM500 setiap seorang.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI