fb fb fb fb fb

Masjid Alwi laksana Program Rezeki Subuh Jemaah Junior

KANGAR, 14 Mei - Dalam usaha mengalakkan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah datang berjemaah pada waktu solat Subuh, pengurusan Masjid Alwi, Kangar melaksanakan Program Rezeki Subuh Jemaah Junior.

Menurut Pengerusi Masjid Alwi yang juga Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, setiap kali hadir solat Subuh berjemaah, insiatif sebanyak RM3 untuk setiap kanak-kanak sebagai hadiah di atas kerajinan mereka untuk mengimarahkan masjid.


(Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin menyerahkan sumbangan kepada jemaah junior di sini)

"Saya yakin lama kelamaan anak-anak kecil ini akan faham dan sebati dalam diri mereka di mana diharapkan terus istiqamah dalam menunaikan ibadah," katanya di sini pagi tadi.

Selain itu, anak-anak ini boleh menggunakan duit insentif ini sebagai wang saku ke sekolah ditambah dengan pemberian ibu bapa atau waris.

Datuk Dr Mohd Asri turut berharap pihak masjid-masjid lain yang ada di Perlis mengikut jejak langkah Masjid Alwi untuk melatih anak kecil berjemaah di masjid bermula dengan solat Subuh.

Bersempena program ini juga, Tabung Insentif Rezeki Subuh Jemaah Junior diwujudkan bagi membuka peluang orang ramai menyumbang kepada program ini.

Media Baharu