fb fb fb fb fb

Masdar perlu patuh TBB sebelum dilaksanakan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR, 27 Mac - Projek kendalian syarikat Emiriah Arab Bersatu (Masdar) perlu mematuhi dasar pembangunan projek Tenaga Boleh Baharu (TBB) sebelum diluluskan untuk dilaksanakan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perkara itu bagi memastikan projek kendalian syarikat itu dapat dilakukan secara adil dan mematuhi ketetapan regulatori semasa.

Jelasnya, antara syarat yang ditetapkan termasuklah penyertaan dalam program TBB sedia ada negara.

"Pelaburan pihak Masdar, sebagaimana syarikat pemaju tenaga boleh baharu yang lain di negara ini perlu dilakukan menerusi penyertaan program TBB sedia ada yang sedang dan akan dilaksanakan seperti berikut;

"Program Large Scale Solar untuk pembangunan solar berskala utiliti Program Feed-in Tariff untuk pembangunan sumber bukan solar Program New Enhanced Dispatch Arrangement untuk pembangunan sumber bukan solar; dan Rooftop Solar Programme untuk pemasangan solar di bumbung premis bangunan," kata Fadillah ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin di Dewan Rakyat.

Fadillah turut memaklumkan kerajaan juga sedang merancang dan merangka pelaksanaan akses pihak ketiga bagi membolehkan pemaju membekalkan tenaga elektrikTBB secara terus kepada pengguna menggunakan infrastruktur grid syarikat utiliti.

TETITIA YUSOFF