
SEGAMAT, 19 April – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mahu tindakan segera diambil bagi menyelesaikan masalah gangguan rangkaian dan kesalinghubungan di beberapa lokasi jajaran Electrical Train Service (ETS) serta semua jajaran Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
- Tindakan segera diperlukan untuk selesaikan gangguan rangkaian dan kesalinghubungan di jajaran ETS dan semua jajaran KTMB.
- Minta KTMB, MCMC, RAC dan enam syarikat telco adakan bengkel segera untuk kenal pasti semua jajaran terjejas. <li/Tekankan bukan hanya ETS tetapi keseluruhan rangkaian KTMB hingga Tumpat perlu diberi perhatian.
- Perlu semakan perjanjian telco jika wujud alasan tiada keperluan perluasan rangkaian di lokasi berkenaan, hasil ujian enam telco akan dikeluarkan.
‘Saya meminta agar KTMB, MCMC dan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) bersama enam syarikat telco mengadakan satu bengkel dalam masa terdekat untuk pertama mengenalpasti kesemua jajaran
Saya tidak mahu hanya ETS saja tapi juga keseluruhan sampai ke Tumpat bagi jajaran KTMB.” katanya.
Beliau ditemui media sebaik tiba di stesen ETS Segamat, Johor bagi memulakan lawatan kerja dua hari di negeri tersebut.
Menurutnya, penelitian perlu dibuat sekiranya terdapat perjanjian dikalangan telco yang mendapati tidak wujud sebarang keperluan untuk memperluas rangkaian di lokasi berkenaan.
Setakat ini, keenam perkhidmatan telco telah diuji dan hasil ujian berkenaan akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat.