KUALA LUMPUR, 18 Oktober – Kementerian Komunikasi dalam usaha memartabatkan golongan belia di bawah inisiatif Belia Industri Kreatif dalam melahirkan pempengaruh yang mampu diketengahkan ke peringkat antarabangsa.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata inisiatif tersebut bertujuan memberi kesan positif kepada belia dalam ekonomi digital.
“Inisiatif ini akan memastikan golongan belia bukan sahaja memahami teknologi baharu dalam industri kreatif seperti kecerdasan buatan (AI) dan media sosial, tetapi juga menjadi pempengaruh yang menghasilkan kandungan kreatif yang boleh dibawa ke peringkat antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas pembentangan Belanjawan 2025 di Parlimen.
Menerusi Belanjawan 2025, peruntukan dana kandungan digital ditingkatkan kepada RM65 juta bagi mempromosi karya-karya terutamanya yang berteraskan semangat kenegaraan.