fb fb fb fb fb

Mangsa kebakaran disyaki dibunuh

Foto RTM

SITIAWAN, 25 September - Kematian seorang lelaki dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah di Taman Muhibbah 2 Sitiawan, awal pagi tadi, disyaki sebagai kes bunuh.

Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Hasbullah Abd Rahman dalam kenyataan memaklumkan, seorang saksi melihat suspek telah masuk ke dalam rumah berkenaan, sebelum terdengar bunyi hentakkan di bahagian ruang tamu rumah itu.

Suspek kemudian dilihat keluar dari rumah tersebut dengan membawa dua bekas mengandungi cecair disyaki petrol.

Saksi kemudiannya menyedari kebakaran berlaku.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 pagi tadi, mangsa dikenali Muhammad Khairul Ridzuan Muhamad Taib, 46 tahun, ditemukan rentung di bahagian ruang tamu rumahnya, manakala tujuh lagi terselamat.

Trainee