KUALA LUMPUR, 15 Mac- Organisasi dalam negara perlu memanfaatkan tenaga pakar tempatan bagi mengelakkan penghijrahan golongan itu ke luar negara sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pakar luar.
Dekan Pusat Pengajan Siswazah Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Dr. Zafir Khan Mohamed Makhbul berkata, perkara itu juga didorong tawaran gaji lumayaan serta manfaat lebih baik.
"Kita kata 'brain game', yang perlu diberi keutamaan berbanding dengan bakat sedia ada dalam operasi. Ini menambahkan kekecewaan kepada individu terbabit.
"Sebenarnya mereka ini lebih banyak melibatkan diri dalam organisasi luar kerana organisasi luar lebih nampak bakat yang dimiliki pada mereka.
"Mereka juga melihat kepada pendapatan ataupun faedah lebih menarik dan lebih baik untuk menaik taraf kehidupan masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media.
Selain itu, menurut Zafir Khan Mohamed Makhbul terdapat organisasi lebih mengutamakan tenaga kerja luar berbanding bakat tempatan.
Punca penghijrahan tenaga tempatan juga didorong laluan kerjaya tidak tersusun serta kekerapan perubahan dalam terma dan syarat pekerjaan.
Selain itu ketidakpastian dalam kenaikan pangkat dan peluang pembangunan kerjaya menjadikan golongan itu berpendapat bahawa tiada jaminan masa depan buat tenaga pakar.