fb fb fb fb fb

Manfaatkan Aidilfitri bagi membina iltizam demi perkukuh perpaduan- Ahmad Zahid

FOTO Facebook Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 9 April- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak seluruh rakyat untuk memanfaatkan Aidilfitri ini bagi membina iltizam demi memperkukuh perpaduan dan membentuk kebersamaan sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kehidupan, budaya, keturunan dan pegangan agama.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian dalam ucapan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Menerusi hantaran dalam laman facebook, Datuk Seri Dr Zahid berkata, kehadiran Aidilfitri ini merupakan nikmat besar dari Allah SWT kerana kita berkesempatan mengerjakan ibadah berpuasa yang dituntut di dalam Islam.

"Ianya juga merupakan perundangan dan madrasah agar kita sentiasa memperkukuh ukhuwah dan tali persaudaraan sesama muslimin dan muslimat.

Beliau turut menyeru seluruh umat Islam supaya sama-sama menyambut hari lebaran dengan penuh kegembiraan ini sebagai lambang kejayaan.

"Marilah juga kita bermaaf-maafan, melupakan sebarang sengketa agar lebaran ini lebih bermakna buat kita semua serta bersyukur di atas segala nikmat yang dikurniakan.

"Semoga setiap langkah kita dipenuhi dengan Rahmat dan berkah dari Allah SWT", katanya yang turut mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri’ kepada seluruh umat Islam.

ROSLINA BINTI DIN