NEW YORK, 24 Januari- Malaysia mengulangi desakan supaya gencatan senjata segera dilaksana di Gaza.
Tegas Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Malaysia turut mengutuk perpindahan secara paksa rakyat Palestin oleh tentera penjajah Israel.
"Malaysia menuntut Israel bertanggungjawab atas pelanggaran undang-undang antarabangsa secara terang-terangan.
"Kami mengalu-alukan dan menyokong keputusan oleh Afrika Selatan untuk memulakan prosiding terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
"Kurangnya akauntabiliti atas jenayah perang Israel, menjejaskan legitimasi undang-undang antarabangsa dan usaha ke arah menamatkan pendudukan yang menyalahi undang-undang di Palestin," kata Mohamad yang mengetuai delegasi Malaysia pada Debat Terbuka Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di sini.
Jelas Mohamad, hak untuk hidup dengan aman dan selamat menjadi asas yang sangat penting dan perlu dihormati semua pihak.
Justeru, Malaysia menyeru supaya agensi PBB dan organisasi bantuan diberi akses untuk menyediakan keperluan penting tanpa
kelewatan dan halangan.
Artikel Berkaitan:
Serangan 108 hari Israel ragut nyawa 11,000 kanak-kanak di Gaza
Israel gugurkan 6,000 bom seminggu di Gaza, 1,000 kanak-kanak hilang anggota badan
Israel lancar serangan ketika bekalan ubat memasuki Gaza
Malaysia dukung langkah Afrika Selatan di ICJ