fb fb fb fb fb

Malaysia-Thailand terus perkukuh kerjasama rapat bawah kepimpinan baharu Anutin

Perdana Menteri baharu Thailand, Anutin Charnvirakul / AFP

PUTRAJAYA, 8 September - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri baharu Thailand, Anutin Charnvirakul atas pemilihannya untuk memimpin negara itu, sambil menegaskan komitmen Malaysia untuk meneruskan hubungan rapat dengan Bangkok.

Beliau berkata, Malaysia berharap dapat memperkukuh kerjasama dua hala, khususnya dalam membangunkan kawasan sempadan bersama, meningkatkan perdagangan dan memajukan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

“Thailand adalah rakan penting Malaysia dalam memelihara kestabilan serantau di ASEAN dan kepimpinan Perdana Menteri Anutin dilihat amat signifikan ketika Thailand melangkah ke fasa seterusnya dalam perjalanan demokratiknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Datuk Seri Anwar menegaskan, hubungan erat Malaysia–Thailand akan terus menjadi pemangkin kestabilan dan kemajuan rantau, sekali gus membawa manfaat langsung kepada rakyat kedua-dua negara.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE