KUALA LUMPUR, 26 Jun- Malaysia dan Thailand bersetuju bahawa perlunya usaha berterusan bagi mengeratkan lagi interaksi dan hubungan antara ahli-ahli Parlimen Malaysia dan Thailand bagi membawa hubungan kedua-dua negara ke peringkat lebih tinggi.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi satu hantaran di Facebook berkata, perkara itu dipersetujui semasa pertemuannya dengan Presiden Dewan Negara dan Speaker Dewan Perwakilan Thailand Wan Muhammad Noor Matha.
"Pastinya, pertemuan ini antara lain bagi membincangkan dan mengukuhkan lagi kerjasama antara dua negara berjiran dalam pelbagai bidang seperti perdagangan, pelaburan dan pelancongan.
"Turut disentuh adalah usaha melicinkan lagi kerjasama terkait isu pendidikan, perkembangan komuniti Islam termasuk di Selatan Thailand," katanya menerusi hantaran itu.