KUALA LUMPUR, 24 Oktober- Malaysia terus memberi sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin di Gaza.
Selain mengadakan perhimpunan aman mengecam tindakan rejim zionis, tinjauan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mendapati bangunan sekitar ibu negara turut disinari limpahan cahaya empat warna iaitu merah, putih, hijau dan hitam yang melambangkan bendera Palestin.
Antara bangunan yang menjadi tumpuan ialah Stadium Bukit Jalil yang mempamerkan cahaya berkenaan, sekali gus menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin.
Ia juga bagi menyahut seruan dan membuka mata masyarakat dunia bahawa perjuangan Palestin berkisar tentang isu kemanusiaan sejagat.