fb fb fb fb fb

Malaysia terus sokong mandat UN-Habitat

Foto Facebook Nga Kor Ming

KUALA LUMPUR, 18 Julai- Malaysia akan terus menyokong mandat Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) (UN-Habitat) memandangkan negara akan mencapai 85 peratus kadar perbandaran menjelang 2040.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming mengutarakan perkara itu dalam pertemuan dengan Pengarah Eksekutif UN-Habitat yang baharu dilantik Anaclaudia Rossbach di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Dalam pada itu, Nga dalam kenyataan berkata Malaysia percaya pelaksanaan Agenda Perbandaran Baharu yang diterima pakai oleh lebih 190 negara bawah PBB menjadi kaedah konstruktif untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari PBB.

Malaysia juga menyatakan sokongan Agenda Perbandaran Baharu yang akan membantu negara anggota di rantau Asia Pasifik bagi menyediakan dan mengemukakan laporan mereka.

UN-Habitat diberi mandat oleh PBB untuk mempromosikan bandar dan pengurusan bandar yang mampan termasuk sosial dan alam sekitar dengan matlamat menyediakan tempat perlindungan mencukupi buat semua.

Malaysia turut mengucapkan tahniah kepada Rossbach dari Brazil atas pelantikan berkenaan untuk menggantikan Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif yang memegang jawatan itu dari 2018 hingga 2024.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI