fb fb fb fb fb

Malaysia teratas Petunjuk Ekonomi Islam Global untuk tahun ke-10 berturut-turut

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 30 Disember- Malaysia menduduki tempat teratas dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global (GIEI) untuk tahun ke-10 berturut-turut.

Ia meletakkan Malaysia di hadapan Arab Saudi, Indonesia dan UAE.

Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) memaklumkan, antara sektor yang mendapat penarafan tertinggi termasuk Kewangan Islam, Makanan Halal, Media dan Rekreasi Halal.

Sektor "modest fashion" mendapat kedudukan kedua, selain tempat ketiga untuk farmaseutikal, manakala pelancongan di tempat kelima.

Pengerusi HDC, Khairul Azwan Harun berkata, pencapaian bukti kemajuan mampan ekosistem halal Malaysia sejak HDC ditubuhkan pada 2006.

Tambahnya, industri halal Malaysia akan terus dipacu Pelan Induk Industri Halal 2030 selari adaptasi teknologi dan pendigitalan selain memupuk keterangkuman.

Laporan Petunjuk Ekonomi Islam Global disediakan Dinar Standards, firma penyelidikan berpangkalan di Amerika Syarikat dengan fokus kepada inovasi kerajaan, ekonomi halal global dan ruang impak sosial.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE