fb fb fb fb fb

Malaysia sumbang dana tambahan RM10 juta kepada UNRWA

FOTO AFP

KUALA LUMPUR, 22 Mac- Malaysia terus menyatakan sokongan penuh kepada Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), terutama apabila agensi berkenaan berdepan cabaran kewangan.

Wisma Putra menerusi satu kenyataan memaklumkan, Malaysia telah menzahirkan sokongan kepada agensi tersebut dengan menyalurkan sumbangan sebanyak RM10 juta pada November lalu, menggunakan Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP).

Sejak 2021 Malaysia telah menyumbang sebanyak AS$200,000 setahun, yang disalurkan bagi tempoh lima tahun.

Bagaimanapun mengambil kira situasi kewangan semasa, kerajaan bersetuju untuk membuat sumbangan tambahan sebanyak RM10 juta menjadikan jumlah keseluruhan, RM20 juta .

Sehingga hari ini, sebanyak 12 buah negara penyumbang telah menggantung pembiayaan sukarela mereka kepada UNRWA, susulan tuduhan terhadap penglibatan kakitangannya dengan serangan pada 7 Oktober 2023.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE