PUTRAJAYA, 22 November- Malaysia menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berkaitan pengeluaran waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan itu wajar kerana jelas terbukti kezaliman dan pembunuhan tanpa henti yang dilakukannya.
"Keputusan ICC wajar kerana berlandaskan hukum, bukti tentang kezaliman, penindasan, pembunuhan berterusan.
"Jadi, kita alu-alukan keputusan itu dan setuju dengan tindakan bahawa kalau ada mana-mana lawatan ke luar negara dia harus ditangkap,"katanya.
Beliau berkata demikian kepada media setelah usai menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Husna Presint 9, Putrajaya.
Semalam, ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang yang didakwa dilakukan mereka di wilayah Palestin termasuk Gaza.
ARTIKEL BERKAITAN:
ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant