KUALA LUMPUR, 6 Julai- Kerajaan mensasarkan untuk berada dalam senarai 10 teratas sebagai negara paling aman di dunia dalam Indeks Keamanan Global (GPI) pada tahun depan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata beberapa usaha serta langkah bakal diambil bagi mencapai sasaran tersebut melalui penglibatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta masyarakat.
"Pertama kita letakkan sasaran untuk mencapai tahap lebih baik paling tidak di peringkat Asia Pasifik sekarang kita nombor tiga di belakang Singapura dan New Zealand. Di ASEAN, kita nombir dua jadi kita letakkan sasaran untuk berada dalam lingkungan 10 terbaik. Paling tidak kita kekalkan lingkungan ini, ke arah itu kita kena jelas apakah indikator penting antaranya keterlibatan polis dengan masyarakat,"katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Larian Hari Polis.
Tambah beliau kedudukan dalam GPI penting dan perlu diberi perhatian kerana keamanan negara menjadi galakkan untuk pelabur datang ke Malaysia