fb fb fb fb fb

Malaysia sasar berada dalam kelompok 20 terbaik digital serantau

Gobind Singh/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 7 Mac- Malaysia disasarkan berada pada kedudukan 20 tangga teratas dalam ekosistem syarikat pemula Global melalui Pelan Tindakan KL20 menjelang tahun 2030, kata Menteri Digital Gobind Singh.

Perkara itu sebagai usaha dalam membangunkan Kuala Lumpur sebagai hab syarikat pemula dan digital serantau.

Pelan Tindakan KL20 bakal dilancarkan pada April depan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia memfokuskan inisiatif yang akan membantu syarikat pemula menjadi hab dalam melonjakkan aktiviti ekonomi digital negara.

"Bagi tujuan tersebut memang kem digital akan memainkan peranan bagi kita pastikan bahawa sasaran yang perlu kita capai itu had masa dan sebahagiannya dan kita akan memantau pelaksanaan.

"Kita juga akan melancarkan KL20 dalam itu akan dibuat pengumuman oleh Perdana Menteri inisiatif-inisiatif tertentu yang dapat membantu syarikat pemula termasuk aspek saluran dana," katanya ketika menjawab soalan yang dikemukan Ahli Parlimen Temerloh Salamiah Mohd Nor, di Parlimen.

Dalam pada itu, dewan turut dimaklumkan berkenaan Majlis Ekonomi Digital Negara dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara ( MED4IRN) menjadi platform bagi menyelaras semua inisiatif berkaitan dengan ekonomi digital dan revolusi perindustrian keempat.

Perkara itu bagi mengatasi isu pelaksanaan dan penyelesaian yang menghalang kemajuan digital dan teknologi Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) dalam negara.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI