
KUALA LUMPUR, 12 Februari -Malaysia sasar 15 hingga 30 juta tan karbon dioksida setara menerusi ‘Nationally Determined Contributions’ ketiga (NDC 3.0) menjelang tahun 2035.
- Pelaksanaan RUUPIN dan RUUIKLIM diperingkat akhir untuk sokong sasaran pengurangan karbon secara menyeluruh.
- Fokus holistik termasuk reka bentuk awal projek bagi teknologi hijau dan infrastruktur rendah karbon.
- Usaha mengubah sikap masyarakat dan penduduk penting untuk mencapai pengurangan karbon.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, daripada jumlah itu, pengurangan 20 juta tan akan dilaksana melalui usaha domestik tanpa syarat.
Manakala baki 10 juta tan lagi tertakluk kepada sokongan antarabangsa daripada segi pembiayaan dan pemindahan teknologi.
Jelasnya, bagi memastikan sasaran itu tercapai, kementerinnya kini berada diperingkat akhir penggubalan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim (RUUPIN) dan Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Perubahan Iklim Negara ( RUUIKLIM).
“Dan pada kali ini kita ingin mengambil pendekatan yang holistik kita tidak lagi hanya bagi penekanan kepada aspek infrastruktur, biasanya apabila orang fikir usaha untuk mengurangkan karbon ini dia infrastruktur untuk kita gunakan teknologi hijau tenaga solar dan sebagainya.
“Tetapi kali ini kita mula peringkat reka bentuk juga ‘we start from the design stage’ dan yang kedua kita cuba untuk mengambil sikap mengubah sikap masyarakat dan juga penduduk yang ada disana”, katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2025, di sini.