fb fb fb fb fb

Malaysia rekod pendaftaran kenderaan baru tertinggi pada 2024

Datuk Hasbi Habibollah

AYER KEROH, 10 Oktober- Malaysia merekodkan jumlah tertinggi pendaftaran kenderaan baru dalam sejarah tahun lalu, iaitu sebanyak 799,000.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata, peningkatan berkenaan juga menyumbang kepada kemalangan maut yang merekodkan lebih 6,000 kematian setiap tahun.

Daripada jumlah itu, 70 peratus adalah terdiri daripada penunggang motosikal dan peningkatan berkenaan amat membimbangkan.

Pelbagai inisiatif dilakukan untuk mengatasi masalah itu termasuk usaha Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melakukan pembaharuan dalam pelaksanaan dasar dan program pelesenan pemandu untuk keselamatan jalan raya Malaysia.

"Sebagai contoh institut sistem latihan dan pengujian memandu secara elektronik atau e-testing yang diumumkan pada Mac lalu oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook membokehkan calon menjalani ujian tanpa pegawai JPJ di dalam kenderaan.

"Prestasi calon diukur menggunakan alat pengesan dan camera secara masa nyata. Kerajaan juga membenarkan institut memandu yang memenuhi kelayakan untuk menyediakan fasiliti pusat ujian Kokurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) atau ujian undang-undang berkomputer untuk beri perkhidmatan setempat kepada orang awam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Seminar Tadbir Urus Institut Memandu Malaysia Tahun 2024 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini.

Dalam pada itu lebih 14 juta pemegang Lesen Memandu Malaysia (LLM) aktif di Malaysia.

Melalui statistik, kira-kira 600,000 calon diberikan latihan dari 245 Institut Memandu (IM) setiap tahun.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI