KUALA LUMPUR, 6 Februari - Malaysia terus memperkukuh hubungan dagang dan pelaburan dua hala bersama-sama Amerika Syarikat (AS).
Jelas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, tindakan diambil adalah bagi mengelakkan risiko kenaikan tarif seperti yang dialami negara China, Kanada, dan Mexico.
Dalam memastikan Malaysia kekal sebagai negara yang paling dipercayai juga, kerajaan terus mengamalkan pendekatan tidak memihak kepada mana-mana pihak dalam isu ketegangan global.
Ia selain sentiasa mewujudkan ekosisitem pelaburan yang konduksif, mesra pelabur dan mematuhi piawaian antarabangsa dalam memberi keyakinan kepada pelabur asing.
"Pada masa ini kenaikan tarif yang dikenakan adalah ke beberapa negara tidak termasuk Malaysia. Oleh itu MITI berpandangan risiko kesan negatif kepada prestasi eksport semikonduktor adalah minima buat masa ini.
"Selain itu rekod pelaburan yang menunjukan pelaburan dari AS masih kukuh dan merupakan pelabur antara terbesar pelabur ke dalam negara kita dengan jumlah pelaburan pada tahun 2024 setakat ini ialah RM5.1 bilion untuk sembilan bulan pertama," kata Tengku Zafrul.
Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Wira Dr. Ku Abd Rahman Ku Ismail yang bertanyakan mengenai kenaikan tarif yang mungkin akan memberi kesan terhadap eksport Malaysia, di Dewan Rakyat.
Sementara itu Tengku Zafrul menjelaskan setakat ini belum ada lagi tarif yang dikenakan terhadap negara-negara lain yang memberi peluang pelaburan dari China.
"Setakat ini kerisuan kita adalah samaada eksport ke AS akan terkesan. Oleh itu daripada segi perjanjian perdagangan bebas (FTA) kita tidak ada FTA dengan AS 17 FTA dengan negara-negara lain.
"Oleh itu satu tarif yang telah dikenakan baru-baru ini adalah dalam sektor solar panel . Di Malaysia, Vietnam dan Thailand telah dikenakan tarif kerana ada unsur teknologi China, terus membuat libat urus dengan As untuk beri penerangan, "katanya.
Tambahnya, Syarikat dari China mengambil peluang melabur di negara luar termasuk di Malaysia bagi memanfaatkan peluang perdagangan di samping (FTA) yang ditandatangani negara-negara pelabur.