fb fb fb fb fb

Malaysia-Pakistan mahu perhebat hubungan perdagangan & pelaburan- Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ FOTO FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 11 April- Malaysia dan Pakistan berhasrat meneroka ruang untuk memperhebatkan hubungan kedua-dua negara terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran facebook berkata perkara itu dibincangkan dalam perbualan telefon bersama Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.

"Malam tadi saya telah menerima panggilan telefon daripada rakan sejawat dari Pakistan, Shehbaz Sharif.

"Kami berbalas ucapan Eid Mubarak, di samping menzahirkan harapan agar hubungan kedua-dua negara akan terus diperkukuh.

"PM Shehbaz turut mengulangi undangannya kepada saya untuk mengadakan lawatan rasmi ke Pakistan secepat mungkin.

Datuk Seri Anwar juga menyambut cadangan Perdana Menteri Shehbaz bagi mengeksport daging halal dari Pakistan ke Malaysia.

Selain itu, kedua-dua pemimpin turut membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa termasuk situasi di Gaza dan Afghanistan.

"PM Shehbaz juga memuji pendirian Malaysia terkait permasalahan di Palestin", menurut Datuk Seri Anwar menerusi facebook.

"Mendoakan semoga hubungan Malaysia dan Pakistan akan terus berkembang demi manfaat bersama, Insya-Allah.

ROSLINA BINTI DIN