fb fb fb fb fb

Malaysia, Mesir sepakat aktifkan semula mekanisme dua hala

KUALA LUMPUR, 15 Mac- Malaysia dan Mesir akan mengaktifkan semula mekanisme dua hala dengan mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) Kedua dengan Malaysia sebagai hos, sebelum November ini.

Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, JCM peringkat menteri luar melibatkan kedua-dua negara akan dihoskan Malaysia.

"Mesyuarat JCM Kedua perlu diadakan sebelum November, memandangkan Mesir bakal menjadi tuan rumah Persidangan ke-27 Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP27 - UNFCCC) di Sharm El Sheikh pada November 2022.

"Mesyuarat pertama JCM berlangsung di Kaherah pada 2008," katanya pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat dua hala bersama Menteri Luar Mesir, Sameh Hassan Shoukry di ibu negara.

Beliau berkata, pertemuan dua hala itu turut menyentuh mengenai konflik Ukraine-Rusia dengan kedua-dua pemimpin bersetuju bahawa perlunya ada usaha berterusan untuk mencari penyelesaian politik bagi isu ini melalui dialog dan rundingan secara aman.

“Pada masa  sama, kami sepakat bahawa perlu ada usaha untuk meredakan ketegangan dan menumpukan kepada bantuan kemanusiaan.

"Kami berkongsi pandangan bahawa sekatan sepihak boleh memburukkan lagi ketegangan dan memberi kesan kepada serantau dan global," tambahnya.

Mesir ialah rakan dagang terbesar Malaysia di Afrika utara. Pada 2021, jumlah dagangan Malaysia-Mesir bernilai RM3.8 bilion (US$904.1 juta), peningkatan ketara 84.5 peratus, berbanding yang direkodkan pada 2020.

(Saifuddin (kanan) bersama Sameh Shoukry ketika sidang media
selepas mengadakan mesyuarat dua hala Malaysia-Mesir pada Selasa)

Sementara itu, Sameh Shoukry, yang dalam rangka lawatan sulung tiga hari ke Malaysia bermula Isnin berkata JCM kedua

penting untuk meningkatkan lagi bidang kerjasama antara kedua-dua negara selain membangunkan pelan hala tuju bersama menerusi pelbagai bidang kerjasama

Menteri Luar Mesir itu berkata lawatannya ke Malaysia amat signifikan kerana ia mewakili perubahan kualitatif dalam hubungan dua hala kedua-dua negara dari segi politik, ekonomi dan budaya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Malaysia kerana berjaya melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, pembukaan semula sempadan antarabangsa pada 1 April dan dipilih anggotai Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk penggal 2022-2024.







Media Baharu