RANTAU PANJANG, 3 Ogos- Kerajaan memberi komitmen berterusan untuk membantu Thailand dalam menangani isu persempadanan dua negara.
Ujar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesepakatan dua negara itu adalah isyarat jelas hubungan dua negara yang terjalin selama ini.
"Isu perdamaian di selatan Thailand itu isu domestik Thailand.. itu saya nak jelaskan bukan isu Malaysia, tapi oleh kerana hubungan kita baik dengan Thailand.. mereka (Thailand) minta kita supaya memberi kerjasama mendukung usaha damai secara berkesan.
"..Itu kita telah beri komitmen dan apa sahaja yang perlu terutama daripada segi keselamatan, ekonomi, pendidikan, sosial dan kerjasama persekutan dan negeri-negeri akan kita laksanakan," katanya dalam satu sidang media di sini.
Anwar turut menyifatkan hasil positif perbincangan bersama-sama rakan sejawatnya dari Thailand, Srettha Thavisin mempamerkan komitmen kedua-dua negara untuk memupuk hubungan sesama rakyat dan mempertingkatkan ekonomi di kawasan Selatan Thailand serta utara Semenanjung Malaysia.
BERITA BERKAITAN: