fb fb fb fb fb

Malaysia kekal destinasi terbaik untuk pelaburan - Anwar

Foto FB Anwar Ibrahim

JERMAN, 12 Mac- Malaysia kekal sebagai destinasi terbaik dan pilihan untuk membuat pelaburan.

Menerusi Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia kekal terbuka dan menjamin peluang pelaburan yang progresif bagi pelabur-pelabur di Jerman.

Beliau memberi jaminan tersebut ketika mengadakan mesyuarat meja bulat bersama pemimpin-pemimpin industri dan perniagaan Jerman, meliputi pelbagai sektor.

"Antara syarikat terlibat, B. Braun, Siemens AG, Bayer Ag, Airbus, DHL, Schott AG, Volkswagen dan Infineon Technologies AG," kata Anwar.

Anwar kemudiannya membuat pertemuan bersemuka dengan lima pimpinan industri dan perniagaan termasuk syarikat Schott AG, X-FAB Silicon Foundries SE, Melexis, Airbus dan Infineon Technologies AG.

Dalam pertemuan itu, beliau berkata kesemua syarikat berkenaan memberi maklum balas berkaitan projek pelaburan mereka.

"Ada yang menyatakan minat mengembangkan perniagaan di Malaysia. Interaksi kerajaan dengan para pelabur seperti ini, akan terus memberi peluang yang besar buat negara khususnya dalam menarik lebih banyak pelaburan dari Jerman atau negara sekitar Eropah," katanya.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM