fb fb fb fb fb

Malaysia kekal bersolidariti bersama perjuangan rakyat Palestin - PM

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 8 Oktober - Malaysia kekal dengan pendirian bersolidariti bersama perjuangan rakyat Palestin.

Penegasan itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sekali lagi mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman dan penindasan berterusan yang dilakukan rejim Zionis itu.

Menerusi hantaran di laman X, Anwar menggesa Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan sidang khas berhubung pergolakan di Semenanjung Gaza.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / FOTO FAIL)

Tegas Anwar, PBB harus menuntut semua pihak menghentikan keganasan demi melindungi nyawa orang awam dan mengekalkan keamanan antarabangsa.

Anwar turut mengutuk masyarakat antarabangsa yang berterusan bertindak berat sebelah terhadap segala bentuk kekejaman dan penindasan terhadap rakyat Palestin.

Katanya, jenayah tanpa henti Zionis menyebabkan ratusan nyawa tidak bersalah terkorban.

 

Berita Berkaitan: Malaysia gesa PBB adakan sidang tergempar keganasan yang berlaku di Semenanjung Gaza

Media Baharu