
IPOH, 4 April – Malaysia kini memainkan peranan kritikal sebagai “orang tengah” dalam usaha meredakan ketegangan konflik di Asia Barat.
- Diplomasi berterusan: komunikasi dengan Presiden Iran, pemimpin Arab dan ketua negara lain untuk mencari penyelesaian damai.
- Pendekatan ini penting untuk mengelakkan konflik berlarutan yang boleh menjejaskan kestabilan ekonomi global.
- Komitmen nyata melalui bantuan kemanusiaan, termasuk penghantaran kontena ke Gaza hasil kerjasama negara serantau.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrhim berkata langkah diplomasi berkenaan melibatkan komunikasi berterusan dengan pemimpin-pemimpin dunia, termasuk Presiden Iran dan ketua-ketua negara Arab, bagi mencari jalan damai.
Menurut Perdana Menteri, pendekatan tersebut amat penting bagi mengelakkan konflik daripada terus berlarutan, yang berisiko menjejaskan kestabilan ekonomi global secara menyeluruh.
“Saya bincang saya ambil kesempatan sepenuhnya dengar dia, kemudian sampaikan salam kawan-kawan Arab yang tak mahu bercakap dengan dia. Kemudian ambil pandangan dia, sampaikan balik kepada Raja-Raja Arab hanya untuk cari jalan untuk selesaikan sedikit.
“Kemudian dengan Presiden Iran, sahabat saya, bincang lagi kemudian bincang dengan Perdana Menteri Pakistan, bagi dia segala dukungan apapun yang diperlukan untuk mendapatkan kedua-dua pihak untuk berbincang dan cuba selesaikan. Tidak mudah tapi ini ikhtiar yang kita lakukan”, katanya demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program MADANI
Rakyat (PMR) 2026 di Bulatan Sultan Azlan Shah, di sini.
Selain rundingan diplomatik, tambah Perdana Menteri, Malaysia turut membuktikan komitmennya melalui tindakan di lapangan dengan menggerakkan bantuan kemanusiaan termasuk penghantaran kontena ke Gaza melalui kerjasama dengan negara serantau.
Perdana Menteri menekankan bahawa meskipun Malaysia bukan sebuah kuasa besar, negara tetap berusaha memainkan peranan proaktif dalam diplomasi antarabangsa demi kesejahteraan sejagat.