fb fb fb fb fb

Malaysia-Indonesia komited usul kerjasama ekonomi baharu ASEAN, GCC

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 30 April- Malaysia-Indonesia komited mengusulkan kerjasama ekonomi baharu antara negara keahlian ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Ini bagi memperkukuh kolaborasi antara rantau khususnya dalam aspek perdagangan dan pelaburan.

Komitmen kedua-dua negara dizahirkan menerusi Dialog Strategi berkaitan ASEAN dan GCC yang menjadi antara agenda di bawah Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF), baru-baru ini.

Sesi yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Koordinator Bidang Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto bersama-sama wakil negara ASEAN dan GCC itu antara lain, membincangkan usaha meningkatkan momentum kerjasama dalam aspek pelaburan dan perdagangan.

Anwar turut mengetengahkan beberapa keutamaan kepengerusian ASEAN oleh Malaysia bermula 2025.

Usaha bagi melancarkan penyaluran bantuan kemanusiaan ke Gaza menerusi pengukuhan kerjasama GCC juga antara fokus perbincangan sesi dialog berkenaan.

Artikel Berkaitan:
Anwar adakan pertemuan singkat dengan Menteri Kewangan Indonesia
TotalEnergies mahu tingkat pelaburan di Malaysia - Anwar
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - Anwar
Anwar tiba di Riyadh, penuhi undangan hadir Mesyuarat Khas WEF 2024

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM