VLADIVOSTOK, 7 September- Malaysia berharap untuk menyaksikan kemasukan lebih banyak syarikat Rusia ke dalam negara dan peningkatan aliran pelancong antara kedua-dua pihak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar ibrahim dalam satu temu bual dengan RIA Novosti dan RT, lapor Sputnik.
“Dengan Rusia, saya fikir ada potensinya. Kami berharap, sekarang kami telah berkomunikasi dengan banyak syarikat utama di Rusia, untuk datang ke Malaysia dan peningkatan khususnya pelancongan yang akan membawa manfaat. Kami juga akan memudahkan pelancong Malaysia melawat Rusia,” kata Anwar di luar Forum Ekonomi Timur (EEF).
Forum itu bermula dari Selasa hingga Jumaat. Ia dihoskan oleh Far Eastern Federal University, di Vladivostok, Rusia, sebuah bandar pesisir pantai Pasifik. Sputnik ialah rakan kongsi penerangan berkenaan EEF 2024. - BERNAMA