fb fb fb fb fb

Malaysia gesa sokong cadangan Biden akhiri kekejaman di Gaza

Foto REUTERS

KUALA LUMPUR, 4 Jun - Malaysia menggesa pihak-pihak berkaitan untuk menerima dan berusaha ke arah pelaksanaan penuh cadangan terkini oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, untuk menamatkan kekejaman Israel di Gaza.

Wisma Putra dalam satu kenyataan, berkata cadangan itu adalah jalan ke hadapan terbaik untuk menamatkan malapetaka yang sedang berlaku di Gaza dan pengunduran penuh tentera Israel dari Wilayah Palestin.

Menurut kenyataan itu, Malaysia secara konsisten menggesa gencatan senjata yang kekal untuk menghentikan pembunuhan rakyat Palestin dan konflik di Gaza.

Cadangan tiga fasa yang diumumkan oleh Joe Biden untuk gencatan senjata sepenuhnya, pembebasan tawanan daripada kedua-dua belah pihak, usaha ke arah pengakhiran kekal permusuhan, dan pelan pembinaan semula menyeluruh untuk Palestin adalah langkah ke arah yang betul.

Malaysia juga menggesa masyarakat antarabangsa untuk memberi keutamaan kepada bantuan kemanusiaan segera dan tanpa halangan kepada rakyat Palestin serta pembinaan semula Gaza

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD