fb fb fb fb fb

Malaysia di landasan tepat capai status negara maju, berpendapatan tinggi

Setelah hampir dua tahun tertubuhnya Kerajaan Perpaduan, negara menyaksikan perkembangan yang amat positif terutama dalam aspek pertumbuhan ekonomi

KUALA LUMPUR, 9 Oktober- Malaysia berada di landasan tepat untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ini susulan pengumuman Bank Dunia semalam yang meningkatkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.9 peratus untuk tahun ini daripada jangkaan awal sebanyak 4.3 peratus sebelum ini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, setelah hampir dua tahun tertubuhnya Kerajaan Perpaduan, negara menyaksikan perkembangan yang amat positif terutama dalam aspek pertumbuhan ekonomi.

Kejayaan itu dipacu oleh keberkesanan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan, pengukuhan pelaburan dan perdagangan serta kestabilan politik yang berjaya diwujudkan.

Selain itu, nilai ringgit juga menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

Pada Julai 2024, ringgit meningkat sebanyak 2.5 peratus berbanding dolar AS, jauh mengatasi prestasi dolar Singapura, baht Thailand, dan rupiah Indonesia yang hanya mencatatkan peningkatan purata satu peratus.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Perhimpunan Bulan Oktober Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Wisma FELCRA, Kuala Lumpur.

Trainee