KUALA LUMPUR, 20 Mac- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan membangunkan bakat tempatan dalam teknologi blok rantaian (blockchain) supaya pelaburan dalam sektor itu dapat memanfaatkan rakyat Malaysia.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata Malaysia mempunyai potensi yang besar dalam bidang itu.
Negara ini juga boleh memanfaatkan teknologi blockchain dalam pelbagai sektor termasuk sektor perkhidmatan kerajaan industri halal dan tidak terhad dalam sektor kewangan dan aset digital sahaja.
Perkara itu dibincangkan semasa Perdana Menteri menerima kunjungan hormat daripada wakil syarikat Klickl yang mengoperasikan kewangan dan aset dalam ekosistem digital dan 'blockchain' hari ini.
"Kami membincangkan berkenaan perkembangan terkini teknologi ini di peringkat antarabangsa termasuk berkenaan dengan kerangka model dan peraturan yang boleh dijadikan contoh oleh Malaysia dalam menambah baik kerangka kita yang tersendiri", katanya menerusi hantaran di Facebook.