fb fb fb fb fb

Malaysia berpeluang perluas keyakinan pelabur untuk terus pilih ASEAN

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 28 November- Selaku Pengerusi ASEAN menjelang tahun 2025, Malaysia berpeluang mengembangkan keyakinan pelabur untuk terus memilih ASEAN sebagai destinasi utama pelaburan. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mengukuhkan kedudukan sebagai sebuah negara dagang dan ekonomi yang berkembang pesat di sebalik ketidaktentuan geopolitik dunia. 

"Insya-Allah melalui dasar dan hala tuju Kerajaan MADANI ini, usaha ini akan dapat diintegrasikan ke peringkat ASEAN demi kemajuan dan kemakmuran rantau ini", katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar meluangkan masa berdiskusi situasi ekonomi dan kewangan global semasa menerima kunjungan hormat Pengerusi HSBC Asia Pasifik Peter Wong dan Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Bank Malaysia, Omar Siddiq serta delegasi di pejabatnya.

 

 

ROSLINA BINTI DIN