KUALA LUMPUR, 12 September - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita mendalam atas kehilangan nyawa dan kerosakan besar akibat banjir kilat yang melanda Bali, Indonesia.
“Saya amat sedih dengan kehilangan nyawa akibat banjir kilat di Bali. Doa dan ingatan saya bersama keluarga yang kehilangan insan tersayang, serta semua yang terkesan,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.
Perdana Menteri turut menyatakan Malaysia berdiri seiring dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dan rakyat republik itu dalam menghadapi detik penuh kepedihan ini.
“Malaysia turut berduka cita bersama Indonesia, dan kami akan terus menaruh harapan buat rakyat Bali agar segera pulih daripada bencana ini,” jelasnya.