fb fb fb fb fb

Malaysia bakal jadi destinasi pelayaran utama - Anthony

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 17 April- Malaysia bakal menjadi destinasi pelayaran utama melalui delegasi ke Seatrade Cruise Global 2024.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa beliau adalah menteri pertama menghadiri persidangan tahunan tersebut yang mengumpulkan pakar industri dari 80 syarikat pelayaran di 120 negara.

Menurut beliau, pelancongan pelayaran telah tumbuh dengan pesat di China dan sedang berkembang di India.

"Kepelbagaian budaya Malaysia dan rantau Asia dapat menawarkan pengalaman bercuti yang menarik kepada pelancong China dan India.

Kepesatan pelancongan pelayaran juga memberi kesan limpahan ekonomi bagi peruncitan, makanan dan minuman serta perhotelan," kata Anthony dalam kenyataan itu.

Beliau juga menjemput pengendali kapal pelayaran untuk memanfaatkan insfrastruktur pelabuhan Malaysia.

Kementerian Pengangkutan juga berkerjasama rapat dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi hab yang terpilih di rantau Asia-Pasifik.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM