(Richard Marles dan Mohamad Hasan)
KUALA LUMPUR, 23 Ogos- Malaysia dan Australia menyuarakan komitmen terhadap Peraturan Pertahanan Lima Negara (FPDA) untuk kekal sebagai tonggak keselamatan di rantau ini.
Dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia, Richard Marles, ia jelas menunjukkan komited kedua-dua negara untuk bekerjasama menangani cabaran keselamatan demi kepentingan serantau.
Mohamad dan Marles juga menekankan kepentingan untuk menghormati undang-undang antarabangsa termasuk kebebasan navigasi dan penerbangan.
Kedua-dua negara turut menyatakan komitmen terhadap Konvensyen Bangsa Bersatu tentang Undang-Undang Laut 1982 sebagai rangka kerja perundangan komprehensif dalam sektor maritim.
Ia dipersetujui menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi (HLC) Program Pertahanan Bersama Malaysia-Australia (MAJDP) ke-3 disini.
Turut disahkan adalah komitmen terhadap kepaksian ASEAN dalam arkitektur keselamatan serantau termasuk Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN bersama Kumpulan Kerja Pakar (ADMM PLUS EWG).
(Mohamad Hasan dan Richard Marles)