KUALA LUMPUR, 4 Disember - Malaysia dan Australia menzahirkan komitmen bagi terus memperkukuhkan kerjasama dalam bidang pelaburan dan perdagangan.
Sempena ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik tahun hadapan, kedua-dua negara juga berusaha untuk memperkasa kolaborasi dalam bidang keselamatan siber dan maritim.
Komitmen itu dizahirkan dalam sesi kunjungan hormat oleh Menteri Luar Australia Penny Wong bersama-sama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen.
Dalam sesi perjumpaan yang berlangsung selama 30 minit itu, Penny turut menyatakan sokongan sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia tahun hadapan.
Hadir sama dalam perjumpaan serampang mata itu ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Penny dalam rangka lawatan ke Malaysia sempena perjumpaan Tahunan bersama-sama menteri luar.