fb fb fb fb fb

Malaysia, Arab Saudi perkukuh kerjasama tingkatkan pengurusan haji

FOTO FB Dato' Setia Dr. Naim

KUALA LUMPUR, 15 Januari- Kerajaan Malaysia telah menandatangani Memorandum Urusan Haji bersama Kerajaan Arab Saudi di Jeddah semalam bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam pengurusan haji tahun ini.

Menerusi satu kenyataan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan, memorandum tersebut menjadi bukti komitmen kerajaan melalui Lembaga Tabung Haji dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada para dhuyufurrahman bagi musim haji kali ini.

Selain daripada penambah baik pengurusan Jemaah Haji Malaysia secara keseluruhan, ia juga membuka peluang meningkatkan kualiti perkhidmatan Tabung Haji di tanah suci.

Tambahnya, Malaysia telah memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 orang dan ia akan dipertimbangkan sewajarnya.

Terdahulu, kuota haji rasmi semasa sebanyak 31,600 ratus orang dikekalkan dengan jumlah yang sama pada tahun ini.

Pertemuan rasmi bersama Dr Tawfig Fawzan Al-Rabiah, Menteri Haji dan Umrah, Arab Saudi diadakan bersempena acara tahunan Simposium dan Pameran Haji 2025 yang mengumpulkan pengendali operasi haji dan umrah dari serata negara.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE