fb fb fb fb fb

Malaysia antara dua negara ASEAN terawal didipilih promosikan produk pelancongan Seoul

(Foto Google)

KUALA LUMPUR, 5 Ogos- Malaysia antara dua negara terawal di Asia Tenggara selain Vietnam, dipilih sebagai lokasi kempen jerayawara untuk mempromosikan produk pelancongan di Seoul, Korea Selatan.

Kempen bertemakan 'Soulful Seoul Night' anjuran Kerajaan Metropolitan Seoul dan Pertubuhan Pelancongan Seoul (STO) itu, merupakan yang pertama seumpamanya diadakan di negara ini sejak pandemik bermula.

Ia antara langkah proaktif ke arah pemulihan segera saluran pengedaran produk pelancongan Seoul dan memenuhi permintaan pelancongan global bermula dengan Asia Tenggara, dalam usaha menggiatkan semula industri pelancongan Korea Selatan pada era pascapandemik.

Pengarah Pasukan Pemasaran Global STO, Haeyjin Lee berkata, tinjauan pada 2021 membuktikan, pelancong dari negara-negara Asia Tenggara mendahului senarai pelancong yang berpotensi mengunjungi Korea Selatan.

(Malaysia antara dua negara ASEAN terawal didipilih promosikan produk pelancongan Seoul)

Malaysia berada dalam kedudukan 10 teratas negara Asia Tenggara yang menunjukkan trend pertumbuhan berterusan jumlah pelancong masuk ke Korea Selatan, sebelum pandemik COVID-19 melanda dunia.

Sehubungan itu, Malaysia adalah sasaran menarik untuk kempen mempromosikan Seoul berikutan kecenderungan dan minat yang tinggi rakyat di negara ini terhadap pelbagai produk Korea, meliputi kecantikan (K-Beauty), fesyen (K-fashion) dan hiburan (K-pop).

 

Media Baharu