fb fb fb fb fb

Majlis bersama diaspora dan pelajar, akhiri lawatan PM sempena APEC 2023

Foto BERNAMA

CALIFORNIA, 18 November- Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar sempena Mesyuarat Ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi (APEC) 2023 di San Francisco, diakhiri dengan majlis makan malam bersama diaspora dan pelajar Malaysia.

Pada majlis itu, Datuk Seri Anwar turut mengambil kesempatan menjawab soalan yang dikemukakan oleh rakyat Malaysia.

Antara soalannya adalah berkaitan isu politik, penyusutan ringgit dan dua kewarganegaraan.

Hadir sama, isteri beliau Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar tiba di San Francisco pada 13 November bagi megetuai delegasi Malaysia sempena APEC.

Artikel Berkaitan

PM tiba di San Francisco hadiri APEC ke-30

Brunei, Indonesia Malaysia keluar kenyataan di APEC, gesa gencatan senjata segera di Gaza

 

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM