fb fb fb fb fb

Majlis Ambang Hijrah, buka tirai tahun baharu Islam 1445H

(Majlis Ambang Hijrah sempena Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan di Masjid Negara)

KUALA LUMPUR, 18 Julai- Majlis Ambang Hijrah sempena Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan membuka tirai tahun baharu Islam 1445 Hijrah sebagai tanda kesyukuran serta menghayati peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW.

Majlis yang diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur itu disertai hampir 500 orang jemaah dan turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar.

Majlis yang dimulakan dengan bacaan doa akhir dan awal tahun itu dipimpin Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni dan diikuti dengan doa selamat dan bacaan yasin bagi mendoakan kesejahteraan diri dan negara.


(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar turut hadir/ FB Masjid Negara Malaysia)

Tema sambutan Ma'al Hijrah kali ini adalah Perpaduan Teras Malaysia Madani yang merupakan menifestasi dari intipati ajaran Rasulullah SAW yang memfokuskan perpaduan sebagai tunjang masyarakat.

Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2023/1445 bakal berlangsung esok di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dijadual berangkat ke majlis itu.

Media Baharu