fb fb fb fb fb

Majlis Aidilfitri MADANI bukti jalinan erat kerajaan Persekutuan, negeri

Datuk Seri Johari Abd Ghani

KUALA NERUS, 9 Mei- Penganjuran Majlis Aidilfitri MADANI 2024 di tujuh negeri membuktikan jalinan kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan serta kerajaan negeri, demikian dinyatakan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abd Ghani.

Meskipun berlainan idealogi politik namun kebersamaan ditonjolkan melalui penganjuran itu.

"Saya nampak sambutan bagus walaupun kita pergi negeri yang bukan dikuasai oleh kerajaan Perpaduan tetapi sambutannya sama tiada beza.

"Jadi kita nampak bahawa masyarakat melihat bagaimana kita semua menjalin silaturahim dalam setiap peringkat untuk kita membangunkan negara," katanya kepada pemberita selepas sambutan Aidilfitri MADANI 2024 yang menutup tirainya di Terengganu hari ini.

Program yang bermula di Johor pada 18 April lalu diteruskan ke Sabah, Melaka, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan berakhir di Kompleks Sukan Negeri Kuala Nerus di sini.

Kunjungan Perdana Menteri ke Terengganu dilihat cukup bermakna apabila beliau juga menghadiri Taklimat Pembangunan negeri Terengganu bersama-sama kepimpinan kerajaan negeri di Wisma Darul Iman sebelum hadir ke sambutan Aidilfitri yang dihadiri lebih 20,000 pengunjung.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI