fb fb fb fb fb

Majikan berkomplot dengan PATI akan ditahan

Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff

KUALA LUMPUR, 27 Mac- Jabatan Imigresen Malaysia hanya menyasarkan pendatang asing tanpa izin (PATI) namun ia turut memfokuskan kepada majikan yang menggaji kumpulan berkenaan.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, majikan yang berkomplot dengan kumpulan berkenaan akan ditahan selain menjadi indeks prestasi utama (KPI) pihaknya.

Bagi tempoh Januari hingga Mac 2024, sebanyak 243 operasi dijalankan, kira-kira 1,716 warga asing diperiksa dengan 710 daripadanya merupakan PATI serta 44 majikan telah ditahan.

"Penguatkuasaan kita menumpukan kepada tiga golongan; majikan, PATI dan yang melindungi PATI. Keduanya dengan mengenal pasti kawasan titik panas sentiasa dijaga, dipantau dan diperiksa oleh pegawai imigresen.

"Saya telah tugaskan pegawai-pegawai kanan.Tempat itu dijadikan anak angkat kepada mereka. Jadi saya telah tetapkan KPI kepada mereka dan mesti turun padang," katanya dalam majlis iftar bersama-sama pengamal media di ibu negara.

Sepanjang 2023, sejumlah 871 operasi dijalankan pihaknya dengan 7,601 warga asing diperiksa dan 2,137 PATI ditahan.

Pihaknya turut menahan lima majikan, 27 majikan lagi telah dikompaun membabitkan nilai RM428,500 sepanjang 2023.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI