fb fb fb fb fb

MAIWP sedia insentif RM500 kepada bakal jemaah haji B40

Foto Hiasan/ Foto RTM

KUALA LUMPUR, 17 Mei - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bakal memberikan insentif kira-kira RM500 kepada bakal jemaah haji daripada keluarga B40 di negeri tersebut untuk musim haji tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar menerusi satu kenyataan memaklumkan pemberian berkenaan merupakan tanda keprihatinan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada kebajikan masyarakat B40 serta mereka yang memerlukan.

Tambah Na'im seramai 289 orang bakal jemaah haji menerima bantuan insentif berkenaan.

Ujarnya, insentif tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk meringankan beban serta membantu para jemaah haji dalam kalangan keluarga B40.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD