fb fb fb fb fb

MAIS tawar bantuan guaman syarie percuma bagi individu berpendapatan RM3,000 ke bawah

SELANGOR, 5 Ogos- Individu berpendapatan kasar RM3,000 ke bawah kini boleh mendapatkan khidmat bantuan guaman syarie secara percuma bagi kes mal di Mahkamah Syariah, Selangor.

Sebelum ini, syarat kelayakan gaji kasar ditetapkan pada kadar RM1,500.

Jelas Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dr Ahmad Shahir Makhtar, perubahan syarat bertujuan membantu lebih ramai umat Islam khususnya golongan B40 menyelesaikan kes mal.

Bantuan guaman itu selaras peranan MAIS meningkatkan kesejahteraan sosial umat Islam di Selangor.

Kes yang diwakili termasuk tuntutan tunggakan nafkah anak dan tuntutan ubah perintah nafkah anak.

"Antara jenis-jenis kes yang diwakili adalah permohonan cerai biasa, cerai fasakh, cerai khul’ (tebus talaq), cerai ta’liq, pengesahan lafaz cerai, pengesahan lafaz ruju’, poligami (hanya mewakili defendan sahaja), nusyuz, wali hakim, wali enggan, faraq nikah, pengesahan nikah dan pengesahan sah taraf anak, permohonan tuntutan kebenaran poligami (bagi defendan sahaja), tuntutan nafkah anak, tuntutan tunggakan nafkah anak dan tuntutan ubah perintah nafkah anak," katanya.


(Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar)

Syarat kelayakan lain, pemohon warganegara Malaysia dan lulus temu duga penilaian kewajaran kes.

Maklumat lanjut dan borang permohonan boleh didapati di laman sesawang www.mais.gov.my dan di talian 03-55143643.

Media Baharu