SHAH ALAM, 12 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mencatat kutipan RM2.7 juta daripada sumber kewangan tidak patuh syariah sepanjang tahun lalu.
- MAIS mencatat kutipan RM2.7 juta daripada sumber kewangan tidak patuh syariah sepanjang tahun lalu.
- Wang tidak patuh syariah perlu diserahkan kepada MAIS untuk diuruskan bagi manfaat masyarakat.
- Dana tersebut boleh digunakan untuk projek infrastruktur dan kepentingan awam menurut hukum.
- Kerjasama MAIS–KWSP termasuk kursus pengurusan harta pusaka Islam dan promosi Akaun Simpanan Syariah.
Pengerusinya, Datuk Salehuddin Saidin berkata, wang tersebut perlu diserahkan kepada MAIS untuk diuruskan dan digunakan bagi manfaat masyarakat, termasuk projek naik taraf infrastruktur di negeri tersebut.
“Dari segi hukum, wang yang tidak patuh syariah boleh dimanfaatkan untuk kepentingan awam, contohnya pembinaan bangunan dan infrastruktur untuk kegunaan masyarakat.
“Malah, pihak kerajaan sendiri turut menggunakan dana sebegini bagi projek kegunaan umum,” katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman antara pihak MAIS dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di sini.
Melalui kerjasama itu, MAIS turut menawarkan kursus pengurusan harta pusaka Islam serta mempromosikan Akaun Simpanan Syariah dan penamaan simpanan patuh syariah.