fb fb fb fb fb

MAIPk agih RM31.6 juta bantuan zakat bawah program Pemerkasaan Pendidikan

FOTO HIASAN

IPOH, 9 Disember- Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) hari ini memaklumkan telah mengagihkan sebanyak RM31.6 juta bantuan zakat kepada asnaf, fakir miskin, fisabilillah, ibnu sabil dan mualaf hingga 30 November tahun ini.

MAIPk menerusi satu kenyataan menyebut agihan zakat yang dibuat bawag Program Pemerkasaan Pendidikan itu memberi manfaat kepada seramai 121,789 orang terdiri daripada golongan asnaf fisabilillah, sekali gus merupakan jumlah tertinggi menerima manfaat zakat dengan jumlah bantuan berjumlah RM20 juta.

"Skim ini terdiri daripada bantuan persekolahan, bantuan am pelajaran, bantuan dermasiswa dalam negara serta bantuan dermasiswa luar negara.

"Selain itu, bantuan juga merangkumi skim biasiswa pelajaran Baitulmal, skim latihan kemahiran asnaf, bantuan pembangunan modal insan dan program pemurnian akidah serta akhlak," menurut kenyataan itu.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE