MAINS sasar zakat RM8 juta, kadar fitrah berdasarkan beras kategori beras

Setiausaha MAINS, Zainal Said/RTM

SEREMBAN, 9 Februari -Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM8 juta bagi tahun 2026 serta menetapkan kadar zakat fitrah mengikut kategori beras yang menjadi makanan harian umat Islam di negeri itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • MAINS sasar kutipan zakat RM8 juta bagi tahun 2026.
  • Kadar zakat fitrah ditetapkan ikut tiga kategori beras: RM7.50, RM12 dan RM20.
  • Seramai 1,200 amil ditugaskan dan aplikasi MyAmil memudahkan bayaran zakat digital.

Setiausaha MAINS, Zainal Said berkata, kadar zakat fitrah bagi tahun ini ditetapkan mengikut tiga kategori, iaitu RM7.50, RM12 dan RM20, selaras dengan harga serta jenis beras yang dimakan oleh pembayar zakat.

Katanya, seramai 1,200 orang amil ditugaskan di seluruh negeri itu.

” Ini adalah tahun kedua pihak majlis menggunakan aplikasi MyAmil bagi kemudahan masyarakat Islam membayar zakat secara digital,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Bulan Wakaf Peringkat Negeri Sembilan, di Nilai.

Menerusi aplikasi MyAmil memudahkan masyarakat menunaikan zakat fitrah lebih awal.